DEB sempurna tapi lemah dalam pelaksanaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) "sempurna dan baik" dalam bentuk asalnya.

"Dalam proses pelaksanaan, mungkin terdapat beberapa kelemahan," katanya pada persidangan media tahunan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai prestasi pembuatan dan perkhidmatan pada 2008 di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas saranan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Tun Razak untuk meningkatkan bidang tertentu dalam DEB bagi menarik pelaburan.

Nazir berkata DEB patut dikaji semula berhubung dengan bagaimana ia merencatkan perpaduan nasional, pelaburan dan kecekapan ekonomi dan membangunkan kerangka baru dan lebih relevan bagi membuat dasar ekonomi.

Muhyiddin berkata: "Jika kita berbincang mengenai sektor perindustrian, terdapat dasar sepanjang beberapa tahun yang memerlukan pelabur asing supaya mematuhi (penyertaan Bumiputera), sebagai contoh."

"Terdapat syarat FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing) yang mereka (pelabur asing) perlu penuhi, antara lain, memberi sedikit sokongan untuk kepentingan Bumiputera," katanya.

Sesetengah sektor seperti sektor perkhidmatan tidak terlalu terbuka kerana "kita fikir bahawa sektor ini adalah lebih bersifat Malaysia dan kita mahu menggalakkan Bumiputera Malaysia menyertainya."

Muhyiddin bersetuju dengan jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan melonggarkan secara beransur-ansur DEB, "di mana ia boleh dan bila kita bersedia."

"Ini akan memberikan laluan baru bagi pelabur asing dengan tempatan untuk datang.

"Jadi bila anda kata terdapat keperluan bagi kajian semula DEB, pertama anda patut faham DEB itu mengenai apa. Mungkin kajian semula mengenai bagaimana anda melaksanakan DEB boleh menjadi intepretasi yang betul."

"Saya tidak begitu pasti sama ada Nazir maksudkan penghapusan secara total. Saya juga tidak pasti bidang spesifik DEB yang mana beliau sarankan untuk kajian semula... sama ada beliau menyebut mengenai sektor perniagaan, perbankan atau perkhidmatan."

"Tetapi lambat laun, sesetengah sektor perkhidmatan akan dibuka tetapi "ia tidak bermakna bahawa ini adalah pengharaman apa yang telah menjadi unsur utama dasar DEB Malaysia."

"Jadi, di mana beberapa pengubahsuaian diperlukan ... kita akan lakukannya dengan sewajarnya," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata baru-baru ini unsur-unsur DEB tidak akan dihapuskan pada ketika ini tetapi liberalisasi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya sungguhpun DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional dan kini Misi Nasional, terdapat peruntukan dalam kedua-dua dasar itu, yang masih menggambarkan semangat DEB, seperti peruntukan kuota dan pertimbangan tertentu, yang masih diamalkan bagi mencapai pengagihan kekayaan adil.

"Apabila orang Melayu dan Bumiputera telah mencapai kejayaan, maka mereka tidak lagi perlu kuota atau pertimbangan khas," tambah Najib. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan