Wanita ditahan bantu siasatan rusuhan di Kuala Kangsar

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis hari ini menahan seorang wanita dipercayai terbabit dalam perhimpunan dan rusuhan di perkarangan Masjid Ubudiah berhampiran Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata wanita berusia 24 tahun dan merupakan anggota sebuah parti Pakatan Rakyat itu ditahan di sebuah premis di Kuala Kangsar pada 9 pagi ini selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Wanita itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkefli berkata dengan tangkapan itu, polis sehingga kini telahpun menahan 11 orang berkaitan insiden rusuhan itu sejak Jumaat lepas. Bagaimanapun sembilan orang dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Katanya polis sedang mengesan lima lagi lelaki yang dipercayai terlibat dengan rusuhan itu dan gambar mereka disiarkan dalam akhbar tempatan. Beliau percaya mereka yang terbabit akan ditahan dalam waktu terdekat.

Sementara itu, polis menerima 44 laporan daripada indvidu, parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung kenyataan berbaur hasutan oleh pemimpin Pakatan Rakyat di Perak sejak dua hari lepas.

"Kita akan menyiasat setiap laporan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan berhubung kenyataan hasutan," kata Zulkefli.

Beliau juga berpuas hati kerana penduduk di Perak, terutamanya di Kuala Kangsar, tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan haram ketika majlis angkat sumpah Exco Perak berlangsung di Istana Iskandariah hari ini.

Zulkefli meminta semua penduduk di negeri ini supaya meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa dan tidak dipengaruhi berita palsu yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMs).

Mengenai kawalan keselamatan di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, beliau menjelaskan kawalan keselamatan dilakukan selepas diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengelak berlakunya sebarang rusuhan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan