Rakyat Malaysia tidak perlu visa ke UK

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kerajaan United Kingdom (UK) memutuskan untuk tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia, kata Wisma Putra malam tadi.

"Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan UK itu dan amat gembira atas kerjasama serta bantuan yang diberikan pihak berkuasa UK dalam perkara ini," kata Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataannya di sini.

Kenyataan itu berkata Malaysia akan terus memastikan tahap keselamatan yang tinggi di semua lapangan terbang antarabangsa untuk menghalang negara ini daripada menjadi pusat transit kepada pendatang tanpa izin yang ingin memasuki UK.

Malaysia juga akan terus mengenakan hukuman kepada mereka yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan bekerja secara haram di UK serta meningkatkan kempen kesedaran kepada rakyatnya supaya tidak melanggar peraturan imigresen UK, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata usaha untuk membanteras aktiviti orang tengah dan penyeludup manusia akan dilaksana secara berterusan dan koordinasi antara semua agensi terbabit akan menjadi teras utama dalam melaksanakan usaha itu.

"Malaysia berharap akan dapat mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang imigresen dengan pihak UK khususnya melalui Memorandum Persefahaman Kerjasama Imigrsen yang akan ditandatangani tidak lama lagi," kata kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan