Timbalan Presiden PKR persoal telatah Karpal

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, Karpal Singh harus mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak mahu Anwar terus memimpin pakatan itu.

Syed Husin berkata, sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi Pakatan, Pengerusi Kebangaan DAP itu mesti mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam majlis tersebut jika beliau mahu Anwar berhenti daripada memimpinnya.

"Beliau tidak harus bertindak begini. Beliau sepatutnya mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam Majlis Tertinggi terhadap Anwar tapi malangnya beliau jarang menghadiri mesyuarat yang kita adakan," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang menggesa Anwar supaya berhenti daripada memimpin Pakatan.

Karpal mendakwa, Anwar yang juga Penasihat PKR telah mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Syed Husin berkata, beliau percaya Karpal berasa marah terhadap keputusan Pakatan berhubung tindakan undang-undang yang patut diambil mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak Khamis lalu.

Katanya, Pakatan dalam mesyuarat Jumaat lalu memutuskan untuk melantik panel peguam bagi memikirkan pelbagai tindakan yang wajar diambil berhubung perkara itu dan pada masa yang sama tidak menyekat Karpal yang bercadang untuk menyaman Sultan Perak.

"Pakatan tidak sekat Karpal tapi Pakatan secara sebulat suara setuju supaya panel peguam dibentuk untuk memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil.

"Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah keputusan Majlis Tertinggi Pakatan, bukan keputusan beliau sendiri. Jadi, beliau tidak boleh dipersalahkan.

"Dalam hal ini saya rasa, beliau merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu ," katanya.

Syed Husin berkata, beliau kadangkala tertanya-tanya sendiri apabila melihatkan tindakan yang dilakukan Karpal sejak akhir-akhir ini.

"Bila melihat kenyataan dan telatah beliau sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Syed Husin berkata, beliau percaya Anwar akan menghubungi Karpal dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar dan menyelesaikan isu ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan