Hina Sultan: Polis terima 16 laporan terhadap pemimpin Pakatan - Berita Semasa | mStar

Hina Sultan: Polis terima 16 laporan terhadap pemimpin Pakatan

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis setakat semalam menerima 16 laporan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung kemelut politik di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata laporan polis itu dibuat sejak semalam hingga petang ini.

Kesemua laporan tersebut akan disiasat, katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Zulkefli juga berkata tiga daripada sembilan lelaki yang ditahan terbabit dalam perhimpunan dan rusuhan di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis manakala enam lagi dijangka dibebaskan hari ini.

Beliau berkata polis masih lagi mengesan beberapa individu yang terlibat dalam rusuhan itu.

"Siasatan awal polis mendapati kebanyakan individu yang menyertai perhimpunan dan rusuhan haram itu datang dari luar Perak dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta", katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan