"Tiada masa untuk berbulan madu"

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK Dr. Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain mengambil bahagian dalam sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)  Yuk Choy malam tadi. Kira-kira 100 orang pula menyertai himpunan membantah pelantikan Zambry berdekatan dengan sekolah itu. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI
DATUK Dr. Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain mengambil bahagian dalam sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Choy malam tadi. Kira-kira 100 orang pula menyertai himpunan membantah pelantikan Zambry berdekatan dengan sekolah itu. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

PETALING JAYA: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke-11 kelmarin berkata, tiada masa untuk beliau "berbulan madu" selepas mengambil alih kepimpinan Perak.

"Masa untuk berbulan madu sudah tiada lagi mula sekarang. Sekarang masa untuk bekerja," kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu yang disiarkan hari ini.

"Ada yang kata mereka memerlukan 100 hari, ada yang kata setahun tetapi bagi saya, mesti terus bekerja sebaik saja pelantikan dibuat," kata beliau.

Beliau dilantik ke jawatan itu selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak keluar daripada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Empat ADUN berkenaan termasuklah wakil rakyat Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar Umno dan kembali ke pangkuan Umno minggu lalu.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar meletak jawatan setelah berpuas hati beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan kepada BN.

MB PERAK SEJAK TAHUN 1950:

- Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (1950-1957) - Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1957-1960) - Datuk Shaari Shafie (1961-1964) - Datuk Seri Ahmad Said (1964-19 Mac 1970). - Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (19 Mac 1970-Ogos 1974) - Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (4 September 1974- September 1977) - Datuk Seri Wan Mohammad Wan Teh (1 Oktober 1977 - 1 Mac 1983) - Tan Sri Ramli Ngah Talib (1 Mac 1983 - 11 November 1999) - Datuk Seri Dr Mohd Tajol Rosli Ghazali (2 Disember 1999 - Mac 2008). - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Mac 2008 - Februari 2009) - Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (Februari 2009 - )

- Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1957-1960)

- Datuk Shaari Shafie (1961-1964)

- Datuk Seri Ahmad Said (1964-19 Mac 1970).

- Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (19 Mac 1970-Ogos 1974)

- Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (4 September 1974- September 1977)

- Datuk Seri Wan Mohammad Wan Teh (1 Oktober 1977 - 1 Mac 1983)

- Tan Sri Ramli Ngah Talib (1 Mac 1983 - 11 November 1999)

- Datuk Seri Dr Mohd Tajol Rosli Ghazali (2 Disember 1999 - Mac 2008).

- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Mac 2008 - Februari 2009)

Mengenai demonstrasi membantah pelantikannya, Zambry memberitahu, beliau sedar bahawa ia satu cabaran dalam memimpin negeri tersebut.

"Ia benar-benar memerlukan kemampuan untuk menangani masalah ini.

"Saya tidak boleh terlalu emosional dan perlu menanganinya dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Zambry berkata, mereka menasihatkannya supaya menjalankan tugas tanpa mengira kaum, penuh kejujuran, keadilan dan berasaskan perlembagaan.

"Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN Perak juga menasihatkan saya mengenai peranan yang perlu dipikul bagi membela amanah rakyat dan menjadi people-centric iaitu seluruh tindakan mesti mengutamakan rakyat," katanya.

Semalam Zamry menegaskan bahawa beliau bukanlah Menteri Besar yang mewakili satu kaum atau parti tertentu, sebaliknya untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Saya bukannya Menteri Besar yang mewakili kaum atau parti tertentu.

"Jawapannya ialah tidak... tidak... tidak," katanya selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina parti Gerakan Perak di Ipoh iaitu acara rasmi pertamanya setelah menjawat jawatan Menteri Besar.

Zambry berkata sebagai Menteri Besar untuk semua rakyat Perak, beliau mahu melihat kesejahteraan dan keadilan dapat dilakukan dengan sebaikbaiknya untuk semua.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan