Nizar: Terpulang Karpal saman Sultan

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (duduk tiga dari kiri) semasa hadir pada sidang media di pejabat DAP, selepas menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumai Arul Subramaniar di Ipoh hari ini. -fotoBERNAMA
BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (duduk tiga dari kiri) semasa hadir pada sidang media di pejabat DAP, selepas menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumai Arul Subramaniar di Ipoh hari ini. -fotoBERNAMA

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, terpulang kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung cadangannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"(Mengenai tindakan) Karpal Singh itu saya tidak tahu dan itu terpulang kepadanya," kata beliau kepada pemberita ketika menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Kallumai Arul Subramaniar di kawasan batu kapur Gunung Cheroh di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Kuala Lumpur kelmarin yang beliau bercadang memfailkan kes terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Kelmarin, Nizar memberitahu bahawa akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru tidak sah.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Zambry yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke11 kerana kini wujud dua Menteri Besar di negeri ini yang telah menimbulkan krisis Perlembagaan," katanya.

Karpal dijangka memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Ipoh Selasa ini.

Semasa berucap pada majlis itu, Nizar meminta penyokong Pakatan Rakyat kembali bertenang dan tidak bertindak melampau supaya ia tidak menjejaskan keharmonian rakyat di negeri ini.

Sementara itu, seorang wakil media tempatan mendakwa dipukul dan ditumbuk oleh seseorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat semasa membuat liputan kehadiran Nizar pada majlis itu.

Tang Cheong Hoong, 26, daripada akhbar Oriental Daily yang cedera di dahi kiri dan dagu kanan berkata kejadian itu berlaku semasa beliau sedang mengambil gambar Nizar yang sedang berjalan menaiki pentas khas di dalam kuil berkenaan pada kirakira 11.15 pagi.

"Orang itu pukul saya di bahagian dahi dan menumbuk di bahagian dagu... saya rasa dia menggunakan tangan.

"Selepas itu, saya rasa pening sikit," katanya yang menegaskan tidak akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu Mohammad Nizar dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP negeri di sini kemudiannya melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa Tang.

"Jika ia berlaku, saya minta penyokong-penyokong supaya tidak bertindak di luar perkara yang tidak diingini," katanya apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan