"Lupakan perbalahan politik" - Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERPADUAN...  Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah (tengah) bersama-sama Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal (tiga, kanan), isteri Datin Seri Shuryani Shuib (empat, kiri), Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (dua, kanan), Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam (kanan) menggaul Yee Sang sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2009 di Bukit Bintang, malam ini. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa rakyat supaya melupakan semua perbalahan politik, sebaliknya menumpukan usaha ke arah mengukuhkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing sekarang ini, seluruh rakyat perlu bekerjasama untuk memastikan kedudukan ekonomi negara tidak menjadi terlalu teruk.

Beliau berkata, kerajaan komited dan merasa amat bertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan tahap ekonomi negara, sekali gus memastikan rakyat tidak terus dihimpit dalam keadaan ekonomi yang buruk.

"Lupakan perbalahan politik... fokus kita sekarang ialah untuk bersama-sama mengatasi keadaan ekonomi. Kerajaan telah bersedia untuk berbelanja, (perkenal) pakej rangsangan ekonomi, membuat pelbagai kempen beli barangan buatan Malaysia, sokong produk tempatan, ini mesti menjadi cara yang mesti kita ambil," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2009, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan risiko pekerja diberhentikan dengan memperkenalkan pelbagai tindakan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Bagaimanapun katanya rakyat perlu yakin dan bersama-sama bekerjasama menghadapi cabaran ekonomi hari ini seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran baik politik mahupun ekonomi.

Kerajaan juga katanya, sudah mempunyai pengalaman dalam menghadapi cabaran seumpamanya dan rakyat perlu yakin bahawa kerajaan akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan negara dapat keluar daripada kemelut ekonomi kali ini.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir untuk memeriahkan acara majlis itu yang turut diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negara ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada 10 buah rumah kebajikan dan anak yatim yang terpilih.

Dalam pada itu Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan risiko pekerja diberhentikan dengan memperkenalkan pelbagai tindakan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Bagaimanapun katanya, rakyat perlu yakin dan bersama-sama bekerjasama menghadapi cabaran ekonomi hari ini seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran baik politik mahupun ekonomi.

Kerajaan juga katanya, sudah mempunyai pengalaman dalam menghadapi cabaran seumpamanya dan rakyat perlu yakin bahawa kerajaan akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan negara dapat keluar daripada kemelut ekonomi kali ini.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir untuk memeriahkan acara majlis itu yang turut diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negara ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada 10 buah rumah kebajikan dan anak yatim yang terpilih.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S.Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan