GALERI GAMBAR PERKEMBANGAN POLITIK PERAK

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat meletakkan bunga kekwa dan menyalakan lilin dalam satu upacara seakan-akan upacara kematian kaum Cina bagi menunjukkan simbolik kepada terhapusnya demokrasi berdekatan SJK (C) Yuk Choy di Ipoh, tempat di mana sambutan perayaan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) diadakan, semalam. Kira-kira 1000 penyokong Pakatan berkumpul bagi menunjukkan kekecewaan mereka terhadap pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) dan pemimpin-pemimpin BN lain bersama isteri masing-masing mengucapkan selamat kepada para tetamu pada sambutan perayaan Tahun Baru Cina BN di SJK (C) Yuk Choy, Ipoh, semalam.

Ketua Pemuda Umno Balik Pulau, Aziaan Ariffin (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung kenyataan dan tindakan mereka yang menderhaka dan menghina institusi raja berpelembagaan di sini, semalam. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada pukul 3.30 petang.

Peserta perhimpunan "Himpunan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia" melaungkan "Daulat Tuanku" tanda sokongan mereka terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di perkarangan Ibu Pejabat UMNO negeri di sini, hari ini.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kiri) melambaikan kepada orang ramai terutamanya penganut agama Hindu yang hadir untuk menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Kallumai Arul Subramaniar di sini, hari ini. Dalam ucapannya pada majlis sambutan perayaan itu, beliau meminta penyokong Pakatan Rakyat kembali tenang dan tidak bertindak melampau supaya ia tidak menjejaskan keharmonian rakyat di negeri ini.

Anggota-anggota Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ketika membuat bantahan terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh di luar ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini. Bantahan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati anggota Pekida terhadap tindakan pemimpin parti itu yang bertindak menderhaka Sultan Perak.

Ketua Pemuda MCA Perak, Dr Mah Hang Soon (kanan) ketika membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sehingga mencabuli hak asasi rakyat Perak selain menghina kedaulatan Sultan Perak di ibu pejabat polis daerah Ipoh, di sini, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (tengah) mendukung seorang kanak-kanak ketika bersama penganut agama Hindu pada perayaan Thaipusam di Sri Subramaniar Temple di Gunung Cheroh, Ipoh. Turut kelihatan adalah Pengerusi MIC Perak, Datuk G. Rajoo.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan