ADUN Jelapang tidak dipaksa sertai MCA

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: MCA tidak akan memaksa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jelapang Hee Yit Foong yang kini bergelar anggota bebas untuk menyertai parti berkenaan selepas meninggalkan DAP.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, bukan waktu yang tepat untuk MCA ketika ini tergesagesa meminta ADUN berkenaan menyertai MCA atau manamana parti, sebaliknya menumpukan usaha memperkukuhkan Barisan Nasional (BN) di Perak.

"Kita tidak mahu tergesagesa kerana bukan masanya ketika ini untuk kita bincangkan siapa yang patut masuk parti mana ataupun siapa yang patut dapat jawatan apa kerana akan membuatkan rakyat bosan dengan percaturan politik kita.

"Yang pentingnya ketiga-tiga ADUN Bebas sudah menyatakan sokongan kepada BN dan terserah kepada mereka untuk mahu bergelar ADUN Bebas sampai bila," katanya.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua MCA Bahagian Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Johor Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun MCA Perak hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakili Dr Mah Hang Soon (Chenderiang), namun pihaknya yakin dengan kemampuan Mah yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA untuk bersama-sama memperkukuhkan kedudukan BN.

"Kita sudah ada wakil di Perak dan kita tahu apa hendak buat.

"Yang penting kita perlu menyokong mandat yang diberi kepada BN Perak untuk membela nasib rakyat," katanya.

Berdasarkan rekod, BN Perak kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang 28 kerusi manakala bebas tiga kerusi.

BN mendapat kelebihan sokongan tiga kerusi selepas Hee dan dua lagi ADUN iaitu ADUN Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menyatakan sokongan kepada BN untuk menubuhkan kerajaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan