Wakil rakyat pembangkang India di Perak diajak sertai BN

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional mengalualukan wakil rakyat pembangkang berketurunan India di negeri ini menyertai BN untuk memajukan kaum itu.

"Pintu BN sentiasa terbuka tetapi itu bukan syarat. Kami tidak memberi syarat dan kami tidak mahu dikenakan syarat (iaitu melantik ke jawatan exco)... tetapi mereka juga mempunyai pertimbangan untuk memajukan kaum mereka dan cara terbaik ialah bersama-sama kami," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ini kerana tidak ada seorang anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti MIC, PPP dan IPF yang dipilih oleh rakyat bagi mewakili suara mereka di peringkat berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah di sini.

Ahmad Zahid berkata, hasil perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zambry, terdapat tiga elemen utama yang akan diberi penekanan di Perak.

Tiga elemen itu ialah perpaduan dan keharmonian antara kaum, pembasmian kemiskinan terutama miskin tegar tanpa mengira kaum dan agama serta pembangunan infrastruktur. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan