MB Selangor, Kedah yakin ADUN Pakatan tidak lompat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENCETUS PERUBAHAN... ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Kapt. (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN. Ia membuka laluan bagi BN membentuk kerajaan baru di Perak.
PENCETUS PERUBAHAN... ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Kapt. (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN. Ia membuka laluan bagi BN membentuk kerajaan baru di Perak.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor dan Kedah masih yakin bahawa nasib dialami oleh rakan sejawatan mereka di Perak tidak akan berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.

Ketika ditemui di Shah Alam hari ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan keyakinan bahawa tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Selangor yang akan melompat parti seperti yang berlaku di Perak.

Beliau berkata, tiga parti di bawah Pakatan Rakyat; Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP memahami bahawa tindakan melompat parti hanya akan memberi kesan yang sangat buruk kepada parti dan Pakatan Rakyat.

"Saya berpendapat perkara ini (lompat ini) tidak akan berlaku dan kemungkinan untuk berlaku sangat sedikit.

"PKR, PAS dan DAP baru memahami bagaimana kita mesti jaga maruah ahli dan parti kita supaya tidak ada ADUN boleh lompat ke sana ke mari dan beri kesan yang sangat buruk kepada parti dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Perak," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditanya sejauh mana kesetiaan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang berpunca daripada tindakan Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN.

Semalam, Barisan Nasional (BN) secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak apabila ADUN kawasan Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Ditanya tindakan beliau jika insiden lompat parti turut berlaku di kalangan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor, Abdul Khalid dipetik Bernama berkata: "Saya ingat tiada tanda-tanda ia akan berlaku."

Khamis lepas, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, setakat ini, tiada ADUN dari Pakatan Rakyat Selangor menemui beliau untuk menyertai BN bagi membolehkan BN kembali menguasai negeri itu.

Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, 36 dikuasai Pakatan Rakyat dan bakinya adalah milik BN.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyatakan keyakinannya bahawa majoriti yang dimiliki Pakatan Rakyat di Kedah sukar digugat.

"Kerajaan hari ini dipilih melalui suara rakyat menerusi pilihanraya, selagi rakyat mahu saya memimpin, saya akan terus membela kesejahteraan mereka tidak mengira kaum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC), di Alor Setar.

Azizan berkata, kerajaan pimpinan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selama 11 bulan di negeri ini, berjaya membawa perubahan yang membanggakan.

"Tiada masalah berlaku antara Ahli Dewan Undangan Negeri serta barisan Exco sehingga boleh menyebabkan berlaku kejadian 'lompat parti'.

"Saya yakin mereka tak lompat parti sebab mereka adalah ADUN saya dan saya kena percaya kepada mereka dan setakat ini urusan pentadbiran kerajaan berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Azizan menyifatkan situasi politik di Perak sebagai insiden yang amat mendukacitakan kerana ia melibatkan pihak istana dan kekecewaan rakyat di negeri berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan