GALERI GAMBAR PERKEMBANGAN POLITIK PERAK

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (dua, kiri) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. Beliau berkata barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu. --fotoBERNAMA

Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (tiga kiri) menggaul yee sang bersama pemimpin-pemimpin Gerakan Perak, dari kiri Presiden Gerakan negeri, Datuk Chang Ko Youn; isteri Zambry, Datin Saripah Zulkifli; Presiden Gerakan, tan Sri Koh Tsu Koon (empat kiri); bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (empat kanan); bendahari parti negeri, Vincent Hooi (tiga kanan) dan isteri, Wong Mei Ching dan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tian Lian Hoe (paling kanan) di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di Kampung Simee, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengaminkan doa setibanya di jeti Lumut untuk menziarahi ibunya di Kampung Masjid, di sini malam tadi selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar semalam. Beliau adalah Menteri Besar ke-11, menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat yang memegang jawatan Menteri Besar ke-10 hanya selama 10 bulan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) bersalaman dengan Pengerusi MCA Perak, Datuk Kong Cho Ha sebelum majlis mengangkat sumpahnya sebagai Menteri Besar Perak yang baru di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.

Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (kemeja putih) menyapa seorang tetamu warga emas di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di kampung Simee, hari ini. Turut kelihatan adalah Presiden Gerakan negeri, Datuk Chang Ko Youn (baju batik merah) dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon (paling kanan)

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ketika berucap kepada penduduk Kampung Masjid selepas mengunjungi ibunya di sini, malam tadi.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersalaman dengan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kiri) ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Perak di Pusat Khidmat Gerakan Kampung Simee di sini, hari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan