Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Sivakumar berkata, beliau telah menghantar dua pucuk surat secara peribadi dan melalui faks kepada Sultan Azlan Shah untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.

Bagaimanapun, upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berlangsung seperti yang dijadualkan pada jam 4 petang tadi di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan