Perubahan tidak mustahil berlaku di empat negeri Pakatan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (tengah) dan Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah (kiri) menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Hee Yit Foong di Istana Kinta di sini, semalam berikutan tindakannya keluar dari DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angin perubahan yang telah melanda Perak tidak mustahil akan berlaku di empat negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, hal itu adalah disebabkan sikap pemimpin parti pembangkang yang hanya memikirkan soal politik berbanding melaksanakan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas hampir setahun diberi mandat memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tumpuan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka tetapi lupa tanggungjawab membela rakyat.

"Inilah akibatnya apabila hanya memikirkan politik semata-mata. Rakyat memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka, tetapi amanah itu tidak ditunaikan kerana mereka hanya memikirkan cara hendak memujuk wakil rakyat BN melompat parti.

"Saya percaya, keadaan ini juga boleh berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah tidak mustahil Kelantan, kerana pemimpin mereka hanya memikirkan politik saja," katanya di di Kluang, semalam.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan wakil rakyat BN, bahawa apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat di Perak itu juga boleh berlaku kepada BN, jika mereka tidak berhati-hati dan mengabaikan tanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata krisis itu menjadi titik permulaan angin perubahan dan tidak mustahil akan turut berlaku di beberapa negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Semua ini membuktikan BN dan Umno masih relevan untuk memerintah dan saya harap ia akan menjadi titik permulaan untuk turut membawa perubahan di negeri yang dikuasai pembangkang khasnya Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Ia juga menjadi iktibar dan petanda jelas yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli dan pemimpin BN bahawa negeri diperintah pembangkang masih boleh diambil semula oleh BN," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.

Abdul Azeez juga berkata, perkembangan yang berlaku di Perak juga harus dimanfaatkan oleh parti komponen BN khasnya sayap Pemuda.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan