Pelantikan Dr Zambry sebagai MB Perak tepat - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru adalah tepat kerana beliau mempunyai pengalaman dan kelulusan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pentadbiran dan politik.

"Saya yakin Zambry akan menjadi Menteri Besar yang dapat memenuhi harapan rakyat di Perak. Insya-Allah, kerajaan pusat akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Perak yang baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gabenor Bank Pusat Asia Tenggara di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak ke-11 dijadual diadakan petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, manakala barisan exco kerajaan negeri yang baru pula dijadualkan pada 10 Feb ini.

Ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak kononnya kerajaan Barisan Nasional akan mengabaikan kepentingan kaum bukan Melayu di Perak, Najib berkata, beliau telah meminta Zambry supaya peka bahawa kerajaan BN adalah untuk semua kaum dan akan memperjuangkan kepentingan semua kaum.

"Malah malam esok saya akan bersama dengan kaum Cina di Ipoh dalam sambutan Hari Raya Cina. Saya nak memberi jaminan bahawa tidak ada sesiapa di kalangan bukan Melayu yang harus merasa bahawa mereka akan terpinggir apabila Barisan Nasional mengambil alih kerajaan negeri Perak," katanya.

Ditanya mengenai sama ada BN melakukan kesilapan menerima dua ADUN Perak Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) yang menghadapi pertuduhan rasuah, Najib berkata kedua-duanya adalah ADUN Bebas yang menyokong BN.

"Pertamanya saya nak jelaskan bahawa dia tak masuk Umno. Anggapan dia masuk Umno tak betul, dia Bebas yang menyokong BN. Soal pertuduhan mereka di mahkamah itu, BN tak campur tangan," katanya.

Ditanya pemberita sama ada pilihan raya kecil patut diadakan untuk mengatasi kemelut politik di Perak, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata keputusan mengenai perkara itu terletak di tangan Sultan Perak.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga menyifatkan pemilihan Zambry sebagai satu tindakan tepat dan sesuai dengan masanya.

"Dr Zambry merupakan tokoh muda yang berkebolehan," katanya.

Shafie berkata, pelantikan Zambry dijangka dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat serta memulihkan semula keadaan politik di negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan