Nizar bukan yang pertama enggan meletak jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar atau Ketua Menteri pertama yang enggan meletak jawatan setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam keadaan tertentu.

Dalam sejarah politik Malaysia, sebelum ini ada seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang enggan meletak jawatan.

Yang pertama, Stephen Kalong Ningkan yang menjadi Ketua Menteri pertama Sarawak antara Julai 1963 dan September 1966.

Ningkan mungkin paling dikenali sebagai yang mencetuskan krisis perlembagaan pertama di negara ini apabila beliau enggan mengosongkan jawatan beliau setelah disingkirkan oleh Yang Dipertua Negeri atau Gabenor Sarawak pada ketika itu.

Sebagai ketua DUN, Ningkan dikatakan tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada dewan itu dan gabenor tersebut terus melantik seorang Ketua Menteri baru.

Keengganan Ningkan mengosongkan jawatannya, menyebabkan satu krisis perlembagaan kerana beliau dilihat mengancam perpaduan Malaysia yang rapuh, hanya tidak sampai tiga tahun selepas pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Pada 14 Sept 1966, Yang diPertuan Agong mengisytiharkan negeri itu dalam keadaan darurat di Sarawak berdasarkan keselamatannya yang diancam krisis perlembagaan.

Ningkan merayu penyingkirannya sehingga ke Majlis Privi di London, akhirnya ke Mahkamah Rayuan Malaysia, tetapi rayuannya ditolak bagi pengisytiharan itu bahawa beliau masih lagi Ketua Menteri Sarawak.

Satu lagi yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Nasir pada 1977, yang tidak memperdulikan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan nya kerana melanggari arahan parti.

Beliau disingkirkan daripada jawatan itu setelah demonstrasi tercetus menjadi ganas dan kes kecurian harta menyebabkan kerajaan persekutuan dengan perkenan Yang diPertuan Agong, mengisytiharkan perintah darurat di negeri itu.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memerintahkan Mohammad Nizar dan anggota Exco negeri beliau meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta, kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan setelah baginda menerima menghadap semua 28 Anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan tiga anggota Bebas bahawa Sultan yakin Mohammad Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar enggan meletakkan jawatan dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengatakan bahawa mereka menyokong beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan