Boikot angkat sumpah, derhaka Sultan - Umno

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak untuk memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru hari ini disifatkan sebagai derhaka kepada Sultan Perak yang memperkenankan pelantikan tersebut.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata tindakan tersebut jelas memperlihatkan pemimpin pakatan pembangkang itu sengaja mengingkari titah sultan.

"Sebenarnya majlis angkat sumpah tetap dijalankan walaupun tanpa kehadiran mereka (ADUN Pakatan Rakyat) kerana ia mendapat perkenan Sultan Perak.

"Tapi apa yang nyata mereka ini derhaka kepada sultan kerana seolah-oleh tidak menerima keputusan yang dibuat," katanya kepada mStar Online.

Semalam Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Nizar dalam ceramahnya semalam yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar berkata beliau dan ahli exconya memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

Menurut Ramly yang juga ADUN Manong, tindakan seperti itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat tidak menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

"Jika mereka memboikot majlis angkat sumpah itu, maka kita boleh simpulkan bahawa mereka ini sememangnya tidak faham mengenai Perlembagaan dan undang-undang.

"Kalau mereka faham, mereka akan menerima titah sultan dengan hati terbuka," katanya.

Ditanya mengenai persediaan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru petang ini, beliau berkata semua 28 ADUN Barisan Nasional (BN) bersama tiga ADUN Bebas akan menghadiri majlis tersebut.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini.

Manakala upacara mengangkat sumpah exco pula akan diadakan pada 10 Februari pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan