Sejarah politik Sabah bertapak di Perak?

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selepas 15 tahun, sebuah sejarah politik Sabah nampaknya berulang di Perak.

Kedua-dua negeri terjerumus ke dalam kegawatan politik selepas partiparti yang menang meraih majoriti tipis.

Perak terbabit dalam kecelaruan politik semalam berikutan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-duanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan diri sebagai ADUN bebas.

Dengan perkembangan terbaru ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, mempunyai 30 dari 59 kerusi dewan negeri dan Barisan Nasional (BN) 27 kerusi.

Dalam keadaan berlakunya perubahan suasana politik, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa mengambil tindakan drastik dan yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan mengumumkan pembubaran dewan negeri sebelum mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan gagal mendapat perkenan tersebut ketika tersebar berita bahawa BN telah pun menguasai negeri Perak selepas tiga ADUN PKR termasuk Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), yang melompat ke PKR baru-baru ini, dan seorang ADUN DAP Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri keluar dari parti masingmasing dan menyokong BN.

Ramai melihat ini sebagai ulangan peristiwa rampasan kuasa dan sejarah di Sabah selepas pilihan raya negeri 1994.

Dalam hal Sabah, kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu, di bawah penyandang jawatan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, meraih kemenangan tipis 25-23.

PBS mendapat 25 kerusi sementara BN menawan 23 dari 48 kerusi negeri ketika itu (kini ditambah kepada 60 kerusi).

Kegembiraan itu tidak bertahan lama bila beberapa hari selepas itu tiga ADUN PBS Datuk Lajim Ukin, Datuk Rubin Balang dan ADUN yang dilantik Datuk Zaini Isa melopmat ke BN.

Beberapa ADUN lagi turut melompat selepas itu, kerajaan PBS tumbang dan buat pertama kali seorang anggota Umno Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Kerajaan PBS pada penggal keempat hanya bertahan selama dua minggu sebelum ia ditumbangkan.

"Saya fikir ada persamaan dalam peristiwa yang membawa kepada tumbangnya PBS dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Kedua-dua kerajaan negeri tidak dapat bertahan lama oleh kerana berlaku perebutan kuasa akibat majoriti tipis di dewan undangan negeri masing-masing," kata Cyril Yansalang, bekas setiausaha perhubungan awam kepada Pairin.

Tidak seperti di Perak, beliau berkata Pairin mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah 14 Mac 1994 dan menunjukkan di sidang akhbar di Sri Gaya, di sini dokumen perisytiharan DUN Sabah yang dikatakan ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri.

Bagaimanapun, Cyril berkata beliau masih ingat dengan jelas bahawa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Mohamad Said Keruak menafikan telah menandatangani sebarang dokumen, yang memberi laluan kepada gabungan BN mengambil alih kerajaan negeri.

"Tetapi, yang menarik tentang episod ini ialah Pairin, selepas mengambil kira kepentingan negeri dan rakyat, meletak jawatan dan menyerahkan kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah kepada penggantinya Sakaran secara cukup 'gentleman'.

"Mereka berjabat tangan dan senyum pada majlis penyerahan kuasa. Saya diberitahu oleh Pairin bahawa beliau tidak mahu negerinya kacau bilau.

"Sebaliknya, beliau meminta penyokongnya bertengang dan membolehkan peralihan kuasa yang lancar," katanya dan menambah "beliau benar-benar menyanjungi Pairin kerana pengorbanannya pada ketika itu".

Cyril berkata Pairin jelas merupakan ahli politik yang bijak dalam erti "beliau mengutamakan kepentingan negeri dari kepentingan diri atau partinya.

"Beliau (Pairin) menyahut cabaran menjadi pemimpin pembangkang di dewan negeri sehingga PBS menyertai semula BN pada 2002, dan sekarang beliau memengang jawatan Timbalabn Ketua Menteri," kata beliau.

Cyril harap Perak akan memmpunyai sebuah kerajaan yang stabil tidak lama lagi sepertimana yang dinikmati oleh rakyat Sabah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan