Razaleigh: Kurangkan berpolitik, bantu rakyat

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua pihak supaya mengurangkan amalan berpolitik keterlaluan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan ke atas usaha menangani masalah ekonomi.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau merasakan bahawa pemimpin tidak wajar bermain politk "banyak sangat kerana kehidupan rakyat terhimpit."

"Rakyat susah sangat sekarang. Kalau kita tidak beri suatu cadangan atau rancangan untuk menjaga kepentingan rakyat, untuk hendak hidup, saya rasa mereka akan terus rasa hampa dengan kepimpinan yang ada.

"Nampaknya mereka asyik berpolitik tak tumpu masa untuk jaga kebajikan rakyat itu sendiri.

"Cukuplah main politik," kata beliau dalam temu bual dengan saluran Astro Awani semalam.

Oleh itu katanya, semua pihak perlu menumpukan masa untuk membela kepentingan rakyat.

Beliau diminta mengulas perkembangan semasa yang tidak pernah reda panasnya sejak pilihan raya umum ke-12 yang kini hampiri genap setahun.

Perkembangan terbaru ialah senario politik di Perak, yang menyaksikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbang dengan keluarnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

ADUN Umno dari kerusi Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar parti itu kembali ke Barisan Nasional semalam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan