Kerajaan Pakatan Perak goyah?

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah berkenan melawat pameran setem selepas melancarkan sampul surat pertama dan setem-kenang kenangan sempena menyambut 25 tahun pemerintahan baginda semalam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan sekali) turut hadir. Ketika kemelut politik menyelubungi negeri itu beliau mungkin terpaksa memilih untuk menasihatkan Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
SULTAN Perak Sultan Azlan Shah berkenan melawat pameran setem selepas melancarkan sampul surat pertama dan setem-kenang kenangan sempena menyambut 25 tahun pemerintahan baginda semalam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan sekali) turut hadir. Ketika kemelut politik menyelubungi negeri itu beliau mungkin terpaksa memilih untuk menasihatkan Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

PETALING JAYA: Kemelut politik yang melanda negeri Perak, diterajui Pakatan Rakyat, dilihat semakin meruncing ekoran keputusan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - yang menjadi fokus kontroversi terbaru - memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), petang semalam.

Dengan keputusan ADUN terbabit, Jamaluddin Mohd Radzi dari Behrang, kerajaan Pakatan Rakyat kini kurang seorang wakil rakyat.

Pakatan Rakyat kini hanya menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 27 kerusi. Jamaluddin mahu bertindak sebagai calon Bebas.

Dalam pada itu, kedudukan rakan sejawatannya, Mohd. Osman Jailu iaitu ADUN Changkat Jering pula menjadi tanda tanya.

Sehingga pagi tadi, Mohd. Osman tidak dapat dihubungi.

Bagaimanapun difahamkan Mohd. Osman akan mengambil langkah yang sama seperti keputusan Jamaluddin - yang kedua-dua mereka telah diisytiharkan telah meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan sebaliknya.

Kedua-dua mereka juga merupakan exco kerajaan negeri.

Apakah pilihan yang ada bagi kerajaan negeri Perak?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Difahamkan antara beberapa opsyen yang sedang diteliti ialah Menteri Besar memanggil sidang tergempar DUN ataupun membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan raya negeri tergempar yang memerlukan perkenan Sultan.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, dalam keadaan politik di Perak yang tidak stabil, DUN wajar dibubarkan berikutan kerajaan berada dalam keadaan yang tidak mantap.

"Bagaimanapun, pada masa ini, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah tetapi jika kedudukan kerusi antara Pakatan dan BN menjadi semakin berkurang, maka ia wajar dilakukan berlandaskan sistem demokrasi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ghazali berkata, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya di peringkat negeri jika mendapat perkenan Sultan bagi membina kerajaan yang lebih mantap.

"Itu menjadi hak kerajaan negeri untuk menentukan perlu atau tidak perlu mengadakan pilihan raya di peringkat negeri.

"Berikan semula hak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan lompat parti tidak sepatutnya berlaku memandangkan wakil rakyat dipilih berdasarkan parti yang diwakili mereka.

"Selain itu, dua ADUN berkenaan turut menafikan mereka telah meletak jawatan. Atas dasar apa penafian itu dilakukan sedangkan mereka tahu isi kandungan surat tersebut dan menandatanganinya semasa ia tidak bertarikh.

"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu betul. Beliau memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu kerana beliau mendapat surat tersebut," katanya.

Ghazali berkata, keputusan SPR pada hari yang memutuskan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing masih lagi ADUN Behrang dan Changkat Jering berikutan wujud keraguan pada surat peletakan mereka juga adalah alasan yang tidak kukuh.

"Mengapa tidak dipertimbangkan surat pertama itu sama ada ia benar-benar surat peletakan jawatan yang sah daripada dua ADUN berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh tergesa-gesa membubarkan DUN dan seterusnya mengadakan pilihan raya kerana ia melibatkan amanat rakyat dan isu dalaman yang dihadapi Pakatan masih boleh diselesaikan.

"Dalam keadaan sekarang, Speaker atau Menteri Besar tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya kerana isu dua ADUN ini masih boleh diselesaikan.

"Ini isu dalaman Pakatan, bukannya mereka kehilangan kepercayaan melalui undi tidak percaya yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa dibubar.

"Pilihan raya melibatkan pemilihan dan amanat rakyat dan kita ada undang-undang khusus mengenainya," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pilihan raya patut dielakkan kerana ia akan membabitkan kos yang besar.

Berhubung keputusan SPR pada hari ini berhubung kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman yang masih kekal sebagai ADUN, Zaini berkata, SPR membuat keputusan setelah mengambil kira dari sudut perundangan pilihan raya.

"Bagaimanapun, jika wujud ketidakpuasan hati tetang keputusan itu, terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk mencabarnya.

"Pada ketika itu nanti, kita akan lihat undang-undang mana yang lebih mengatasi undang-undang yang satu lagi dalam memutuskan isu ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan