Zainal: Fauzi dibawa jumpa Najib selesaikan masalah peribadi

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda ketika sidang akhbar di Ipoh semalam.
KETUA PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda ketika sidang akhbar di Ipoh semalam.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, beliau membawa Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Ipoh Barat Fauzi Muda menemui Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu bagi membolehkan pemimpin PKR itu memberitahu masalah peribadinya kepada Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak mengenali Fauzi sebelum itu tetapi bersetuju membenarkannya mengikuti beliau dalam pertemuan dengan Najib itu kerana pemimpin PKR itu mengenali seorang kawannya bernama Suleiman Mansor.

"Kami menemui Datuk Seri Najib di kediamannya. Ada sekitar 10 orang tetapi sepanjang perbincangan itu, tidak timbul soal tawaran kepada wakil rakyat di Perak supaya menyertai Barisan Nasional," katanya pada satu sidang akhbar di sini bagi merujuk kepada dakwaan Fauzi kononnya dia (Fauzi) ditawarkan RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada PKR untuk menyertai BN.

Zainal Abidin juga menafikan beliau terlibat dalam cubaan memujuk wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat menyertai BN.

Kepada satu soalan, Zainal Abidin berkata, beliau bersetuju membawa Fauzi menemui Najib "semata-mata kerana mahu membantu seseorang yang memerlukan bantuan." BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan