Angkasawan Negara masih runding halusi kontrak MOSTI

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha masih dalam proses rundingan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung kontraknya yang tamat Disember lalu.

Sheikh Muszaphar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan susulan dengan kementerian itu minggu depan dalam usaha mencapai penyelesian terbaik.

"Beberapa sesi perbicangan sudah diadakan dan minggu depan saya akan menemui kementerian lagi," kata beliau.

"Kontrak saya telah berakhir Disember lalu. Yang pasti, saya masih berminat untuk bersama kerajaan dan meneruskan usaha membangunkan program angkasa," kata beliau ketika ditemui di sini.

Pertengahan bulan lalu, beliau memberitahu mStar Online bahawa akan mengumumkan pendiriannya selepas kembali dari menyertai misi perubatan ke Gaza.

Beliau kembali ke tanah air 29 Januari lalu selepas menyumbangkan khidmat selama lima hari.

Jelas beliau, perbincangan itu diadakan untuk membolehkannya memberi sumbangan kepada pelbagai agensi awam dan swasta selain MOSTI.

"Saya ingin bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan dan sebagainya," kata beliau yang yakin kontrak baru itu akan membolehkan memperluaskan skop sumbangan dalam jangka panjang.

"Saya adalah milik negara, bukan hanya kepada MOSTI. Jadi adalah penting saya memperbaharui kontrak untuk terus memberi sumbangan kepada program angkasa lepas dan bukan hanya memberi ceramah," kata beliau.

Tambah Sheikh Muszaphar, beliau ingin melihat program angkasa lepas terus membangun selepas kerajaan membelanjakan berjuta ringgit sejak beberapa tahun lalu.

Pada 19 Januari lalu, MOSTI memutuskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap angkasawan pertama negara itu berhubung dakwaan mengumpul kekayaan sehingga RM1.2 juta melalui beberapa siri ceramahnya.

Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.

Kata Ongkili, pihak kementerian telah menghantar satu surat tunjuk sebab kepada angkawasan itu dan beliau menjelaskan ceramah-ceramah yang dihadirinya itu adalah selepas waktu pejabat ataupun semasa berada di luar negara dan tindakannya itu tidak menjejaskan tugasnya di kementerian.

"Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.

"Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut," kata menteri.

Katanya, melalui siasatan yang dijalankan, walaupun Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran dalam ceramahnya, jumlah itu tidak mencecah jutaan ringgit.

Ongkili turut menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang kurang jelas dalam kontrak terdahulu yang turut menjadi sebab mengapa pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.

Tambah beliau lagi, peguam kementerian mula mengambil langkah susulan bagi menyediakan kontrak baru selepas cuti Tahun Baru Cina.

"Kontrak baru dibuat berdasarkan kelemahan dalam kontrak sedia ada.

"Sheikh Muszaphar telah menyatakan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya dengan kementerian namun bagaimanapun ia terpulang kepada persetujuannya berdasarkan kontrak baru nanti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan