PKR tetap anggap ADUN Behrang, Changkat Jering wakil rakyat

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd. Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

"Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka)," katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Jamaluddin dan Mohd, Osman "hilang" sejak Isnin lepas dan semalam Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah meminta mereka supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Osman berkata, usaha menghubungi keduadua ADUN berkenaan sehingga kini masih gagal.

Lewat petang semalam, Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan Jamaluddin dan Osman telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ADUN sebelum keduadua mereka muncul membuat penafian melalui media.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.

Semalam, Jamaluddin turut berkata beliau dan Osman masih ADUN PKR dan tidak pernah membuat pengumuman menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Umno.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 32 kerusi dengan DAP (18) PKR (lapan) dan PAS (enam) manakala Barisan Nasional 27 kerusi.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin mendapat 6,771 undi menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering.

Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan