Lompat parti: PAS syor pilihan raya baru

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ADUN Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim dari Umno dikenakan jaket oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada 25 Januari lalu bagi menandakan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat. Tindakan Nasarudin itu menimbulkan semula persoalan sama ada undang-undang mengawal tindakan melompat perlu ataupun sebaliknya.
ADUN Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim dari Umno dikenakan jaket oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada 25 Januari lalu bagi menandakan kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat. Tindakan Nasarudin itu menimbulkan semula persoalan sama ada undang-undang mengawal tindakan melompat perlu ataupun sebaliknya.

KOTA BAHARU: PAS mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula daripada memperkenalkan undang-undang melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, Umno tidak perlu mengadakan undang-undang itu semata-mata untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada melompat parti.

"Pada asasnya saya setuju, tetapi lebih baik mereka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula bagi menentukan integriti Umno dan Barisan Nasional di mata rakyat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Soal menggubal undang-undang baru untuk menghalang perbuatan melompat parti menjadi tumpuan ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat dan Pakyat minggu lalu.

Minggu lalu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu undang-undang digubal bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan melahirkan pandangan bahawa masanya sudah tiba bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memperkenalkan undangundang seperti itu agar kestabilan politik dapat diwujudkan berdasarkan keikhlasan dan kejujuran seseorang itu.

Husam yang juga Ahli Exco Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan agar diperkenalkan satu undangundang bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti yang bertujuan menjamin kestabilan politik.

Beberapa pemimpin Umno berpendapat cadangan itu perlu dilihat secara serius dengan mengambil kira senario politik semasa.

Menurut Husam, isu memperkenalkan undang-undang melompat parti demi menyelamatkan diri oleh Umno itu tidak akan berjaya menarik sokongan rakyat yang telah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sehubungan itu, katanya, satu mandat baru perlu diadakan semula bagi mengembalikan integriti dan kewibawaan Umno pada pandangan masyarakat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan