Elak cakap isu perkauman - Koh

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa semua pihak termasuk pemimpin politik agar sentiasa berhati-hati ketika berucap bagi mengelakkan wujudnya isu yang membabitkan perkauman.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat pelbagai krisis dunia yang berlaku sejak kebelakangan ini, masyarakat seharusnya lebih peka agar semangat perpaduan sedia ada tidak tercalar.

"Kita yang hidup dalam pelbagai kaum di bawah satu bumbung perlu bersatu hati agar isu perkauman di negara ini tidak diperbesarbesarkan hingga mendatangkan persengketaan sesama kaum," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan meraikan media oleh Parlimen Batu di sini, hari ini.

Koh berkata masih banyak cabaran yang wujud akibat perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat Malaysia hari ini dan disebabkan itu rakyat perlu berusaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

"Sistem kewangan negara kita masih kukuh berbanding negara maju lain dan kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, oleh itu rakyat harus berganding bahu bagi mengatasi cabaran krisis ekonomi global ini bersama," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan