ADUN Lintang sambut baik lantikan Najib, mahu kekal Umno

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK Hamdi Abu Bakar (kiri) dan Datuk Ahamad Pakeh Adam (kanan) diyakini akan terus kekal bersama Umno dan BN.
DATUK Hamdi Abu Bakar (kiri) dan Datuk Ahamad Pakeh Adam (kanan) diyakini akan terus kekal bersama Umno dan BN.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam - antara dua wakil rakyat yang disebut-sebut akan melompat parti menegaskan pendiriannya akan kekal bersama Umno selepas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Ahamad berkata, beliau yakin dengan pelan perubahan yang diperkenalkan dalam struktur kepimpinan Umno negeri dan tidak akan melompat parti.

"Setakat sekarang saya yakin akan terus kekal bersama Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kita tengok dulu macam mana, harap akan ada perubahan yang baik untuk parti," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun beliau berharap supaya selepas Perhimpunan Agung Umno Mac ini pemimpin peringkat negeri akan diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan Umno di Perak.

"Baguslah Datuk Seri najib ambil alih dulu, kita pun faham bukan senang terus nak ganti orang baru.

"Tapi kita harap lepas Mac nanti, bagi peluang kepada pemimpin negeri yang ketuai," katanya.

Semalam Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Najib menggantikan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Perak berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Mac ini.

Selain Ahamad, ADUN Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar juga merupakan pemimpin Umno di Perak yang menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan negeri yang disifatkan lesu dan tidak aktif bekerja untuk parti.

Dalam pada itu Ahamad juga berkata kekecewaan yang dibangkitkan beliau sebelum ini bukan menjurus kepada hal peribadi sebaliknya secara menyeluruh mengenai struktur pentadbiran.

"Kepimpinan Tajol dahulu banyak kelemahan yang menyebabkan pemimpin peringkat akar umbi bosan dan marah.

"Bila kita buat laporan atau aduan berhubung beberapa masalah, tidak diambil peduli... itu masalahnya.

"Atas faktor itulah ada pemimpin yang lompat ke sana (pembangkang)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan