Tajol letak jawatan, Najib Pengerusi Umno Perak

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.
DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta.

Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini.

Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini.

Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi.

"Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak," kata beliau pada sidang akhbar di sini awal pagi ini.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, alasan yang diberikan oleh Tajol ialah "adalah lebih baik orang lain memimpin Perak selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai pembangkang."

"Kita menghormati kehendak dan keputusan. Dia nak undur diri. Lebih baik rasanya bagi orang lain pimpin Umno Perak," katanya

Selain itu, Abdullah yang juga Pengerusi BN memberitahu, MT juga memberi penjelasan Tajol mengenai kedudukan Umno dan BN Perak khususnya mengenai keputusan ADUN Bota keluar parti.

Di Kampar pagi tadi, Tajol mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Gerik pada 29 Mac ini.

Kata Tajol, beliau juga tidak akan bertanding mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi pada perhimpunan agung Umno dari 24 hingga 28 Mac ini, yang sekali gus akan menyebabkan semua jawatan yang disandangnya melalui lantikan termasuk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, tergugur.

Malah beliau menyelar sebuah akhbar hari ini yang melaporkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

"Saya terperanjat dengan laporan itu. Akhbar itu memang tidak beretika. Selama ini hubungan saya dengan wartawan memang baik tapi hari ini saya memang marah dengan akhbar itu.

"Laporan itu tidak sepatutnya dibuat kerana ia merupakan satu mesyuarat tertutup dan tidak sepatutnya apa yang berlaku dalam mesyuarat itu dilaporkan," katanya.

Akhbar berkenaan dalam laporan muka depannya mendakwa Tajol pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit di Bangunan Umno Parit lewat petang Selasa lalu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan