"Marah nyamuk, kenapa kelambu dibakar?" - Berita Semasa | mStar

"Marah nyamuk, kenapa kelambu dibakar?"

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak bersetuju terhadap cadangan supaya pergerakan itu serta Pemuda dan Puteri dan juga Biro Putera Umno dibubarkan dengan alasan bagi membanteras amalan politik wang.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kewujudan sayap parti tidak harus dikaitkan dengan amalan politik wang, kerana mereka yang terbabit adakalanya bukan dalam kalangan anggota sayap parti Umno.

"Marah nyamuk (kenapa) kelambu harus dibakar... hanya segelintir anggota Umno terlibat dalam gejala politik wang, jadi mengapa 'kelambu' yang berusia lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan Umno mahu dibakar?" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sekiranya cadangan itu diterima oleh pucuk pimpinan Umno, tidak mustahil pada masa akan datang akan muncul pula gesaan agar parti Umno dibubarkan.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kenyataannya berkata, politik wang bukan amalan Wanita Umno.

"Setiap anggota terutama pemimpin seharusnya berpegang teguh serta menghormati etika parti serta menunjukkan teladan yang baik," katanya.

Shahrizat mengesyorkan agar Umno mengkaji semula kaedah untuk pemilihan di semua peringkat seperti sistem kuota, jumlah perwakilan dan bilangan jawatan yang dipertandingkan.

Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam menyarankan agar Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti bagi membanteras gejala politik wang.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan