Lukisan potret Mona Lisa dipamer di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat lukisan potret agung abad ke-16 Mona Lisa, karya pelukis terkemuka Leonardo da Vinci, jika rancangan membawa lukisan itu bersama koleksi lukisan antarabangsa lain ke negara ini mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak swasta.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rancangan itu adalah antara usaha kementerian itu tahun ini untuk menarik minat rakyat di samping pelancong luar untuk datang menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk melawat pameran koleksi lukisan antarabangsa dan karya seni lukis tempatan.

"Lukisan Mona Lisa akan dibawa ke Malaysia jika mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak swasta.

"Kita sedang usahakan perkara itu sekarang dan diharap ia boleh dilaksanakan pada tahun ini malah kita boleh lakukannya sama seperti kita bawa persembahan muzikal Mamma Mia untuk dipertontonkan di sini, sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini.

Katanya, semasa mengadakan lawatan ke Paris barubaru ini, beliau ada berbincang mengenai cara untuk membawa masuk koleksi seni di kota itu ke negara ini dan menghubungi pihak yang menguruskan hal berkenaan.

"Kita mahu bukan saja potret Mona Lisa, tapi koleksi pelukis lain juga untuk dipaparkan kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Mohd Shafie berkata, mengenai tempoh masa pameran, ia bergantung kepada perjanjian yang akan dilakukan kelak.

"Harapan saya ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rakyat tempatan tapi rakyat dari negara jiran juga. Ini kerana bukan semua orang mampu ke negara Eropah seperti Perancis tetapi mereka boleh datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan