Pengebumian Kugan: Suspek kes bunuh antara enam ditahan

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBAHAGIAN ahli keluarga A. Kugan mengiringi perarakan pengebumian dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.
SEBAHAGIAN ahli keluarga A. Kugan mengiringi perarakan pengebumian dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dikehendaki polis adalah antara enam orang yang ditahan di hadapan pintu masuk utama Pusat Perubatan Universiti Malaya semasa menyertai perarakan membawa mayat suspek curi kereta A. Kugan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib berkata lelaki berusia 55 tahun itu disyaki terlibat dalam kes bunuh.

Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Dua lagi ditahan kerana cuba melalui sekatan polis di PPUM.

Manakala dua lagi ditahan polis kerana didapati cuba untuk menyebarkan provokasi dikalangan orang ramai yang berkumpul di kawasan PPUM.

Empat daripada mereka memakai kemeja-t Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) - pertubuhan yang diharamkan sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang dipercayai bekas penyelaras kumpulan itu, R.S. Thanendran.

Polis dijangka membebaskan lima yang lain itu dalam waktu terdekat setelah keterangan mereka direkodkan.

Lima lelaki itu berusia antara 39 tahun dan 52 tahun.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul bagi menyertai perarakan dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di perkarangan PPUM sejak pukul 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Januari semasa dalam siasatan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan