MB Perak tidak tolak kemungkinan jawatan untuk ADUN Bota

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan menawarkan jawatan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Pakatan Rakyat semalam.

Katanya, beliau akan berbincang mengenai perkara itu di dalam jangka masa terdekat.

"Setakat ini, jawatan beliau adalah ADUN Bota. Kita tidak menyatakan tidak ada sebarang kemungkinan beliau ditawarkan jawatan... kita akan bincangkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat Nasarudin untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 2.30 petang tadi di ibu pejabat PKR, di sini.

Nasarudin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Mohd Nizar berkata, beliau berharap lebih ramai ADUN BN yang akan mengikut jejak Nasarudin menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau amat mengalu-alukan kemasukan Nasarudin ke PKR memandangkan Nasarudin disifatkan beliau sebagai seorang yang hebat dan bijak.

"Justeru, kita minta ADUN yang lain mengikut jejak langkah beliau," katanya.

Mohd. Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu.

"Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang berpihak kepada PAS," katanya.

Katanya, pihaknya kini sedang dalam usaha menarik lebih ramai ADUN dan ahli BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berusaha ke arah itu dan kini sedang merangka strategi untuk melaksanakannya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan