SUPP terkejut Penolong Setiausaha Publisiti letak jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan hari ini mengakui terkejut dengan keputusan Datuk Dr. Soon Choon Teck meletakkan jawatan sebagai penolong setiausaha publisiti parti itu yang menurutnya merupakan jawatan penting dalam parti.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya, parti itu memerlukan banyak publisiti, terutama dalam memberikan penjelasan mengenai perancangannya untuk penstrukturan semula dan bagi menjadikan SUPP lebih menarik kepada golongan muda.

Jawatankuasa publisiti dan penerangan parti itu yang kini diterajui setiausahanya Datuk Alfred Yap, masih memerlukan banyak input daripada semua anggota, kata Dr. Chan, yang juga timbalan ketua menteri Sarawak.

Dr. Soon mengumumkan peletakan jawatan itu semalam di Sibu, menyatakan beliau tidak lagi dapat berperanan secara efektif dalam jawatan itu dan tidak gembira dengan layanan yang diterimanya daripada parti sejak dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Dr. Soon yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak berkata beliau akan kekal sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu.

Sementara itu, setiausaha penganjur SUPP, Datuk Peter Chin berkata, beliau secara peribadi berpendapat adalah menyedihkan Dr. Soon meletakkan jawatan kerana beliau merupakan antara pemimpin parti yang paling lama berkhidmat dalam jawatankuasa kerja pusat dan di cawangan Sibu.

Sambil menyatakan yang beliau memahami kekecewaan Dr. Soon mengenai hubungannya dengan pemimpin SUPP yang lain di Sibu, Chin, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi persekutuan berkata, beliau berharap perkara itu tidak menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat.

"Saya harap beliau akan terus berjuang untuk parti dan penduduk Dudong yang telah memilih beliau untuk berkhidmat kepada mereka (sebagai wakil rakyat)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan