Kerajaan lulus konsert Rihanna 13 Feb ini

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penganjuran konsert Rihanna, yang akan diadakan 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAs) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian."

Beliau berkata, apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini, semalam.

Selasa lepas, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'.

Mengenai penyiaran berita wilayah selama 30 minit bermula 1 Feb ini oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Shafie berkata, perkara itu satu perkembangan yang sihat untuk membolehkan kerajaan memaparkan berita dari negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Penyiaran ini membolehkan masyarakat di seluruh negara tahu perkembangan di negeri-negeri ini (Sabah dan Sarawak) kerana kita perlu menghebahkan perkara sebenar yang berlaku di sana," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan