'Ceroboh' bilik mayat: MP Kapar juga dipanggil Polis Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam turut dipanggil oleh Polis Selangor berhubung insiden 'menceroboh' bilik mayat Hospital Serdang dalam kes kematian seorang suspek semasa dalam tahanan Selasa lalu.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Polis Selangor telah menghubunginya pagi ini untuk mendapatkan kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun saya telah memaklumkan akan jumpa mereka pagi esok kerana ada urusan hari ini," kata beliau ketika dihubungi.

Bekas Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu berkata, beliau akan hadir di Ibu Pejabat Polis Sepang pagi esok.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar berkata, dua timbalan menteri akan dipanggil kerana dipercayai telah 'berada' dalam bilik mayat Hospital Serdang berhubung insiden kematian seorang suspek semasa dalam tahanan.

Menurut beliau, tindakan mereka memasuki bilik mayat Hospital Serdang dipercayai telah menjejaskan bukti yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

Kedua-dua mereka ialah K. Devamany dari MIC dan T. Murugaiyah dari Parti Progresif Rakyat (PPP) - kedua-duanya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penolong pegawai perubatan Hospital Serdang, Mohamed Azharuddin Abdul Ghani membuat laporan mengenai insiden itu dengan mendakwa dia dan dua kakitangan lain telah dipaksa keluar dari bilik mayat oleh sekumpulan mereka yang datang kira-kira pukul 11.30 malam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi jenayah intimidasi.

Suspek A. Kugan, 23, mati di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya dan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai.

Kugan, yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

Manikavasagam berkata, pihaknya mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa bilik mayat tidak diceroboh oleh mereka dan 50 yang lain, sebaliknya telah dibenarkan masuk oleh pegawai perubatan.

"Apabila dibenarkan kami masuk... saya tiba pada pukul 10 malam selepas diminta bantu oleh keluarga mangsa dan dua jam kemudian Murugaiyah pun datang," kata beliau yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika dihubungi untuk menguruskan proses bedah siasat kali kedua ke atas mayat suspek.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan