Rayuan cabar keputusan petisyen pilihan raya Sarikei ditolak

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak dengan kos rayuan calon DAP Dr Wong Hua Seh mencabar keputusan petisyen bagi kerusi Parlimen kawasan Sarikei yang dimenangi Ding Kuong Hiing daripada Barisan Nasional.

Mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang Ding, daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau ejennya, telah melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ia mendapati bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang janji oleh calon Barisan Nasional itu untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bintangor merupakan satu kesalahan sebaliknya ia merupakan janji untuk pembangunan yang dibenarkan dalam kempen, demikian menurut penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Noor Hayati Mat.

Rayuan itu didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad makinudin.

Dalam pilihan raya itu, Ding menang dengan majoriti 53 undi. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan