Dua komponen BN Sabah diminta henti pertikaian

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kedua-duanya komponen Barisan Nasional, diminta menghentikan perbalahan mereka mengenai satu kerusi Parlimen kerana ia boleh menjejaskan semangat berpasukan dalam BN Sabah.

Datuk Liew Vui Keong, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah lagi komponen BN dari Sabah, berkata pertikaian antara Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu dicegah daripada berpanjangan.

"Ia perlu dihentikan dan diselesaikan dalam semangat BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin masyarakat di sini, hari ini ketika diminta mengulas pertikaian itu yang bermula berikutan kenyataan Pairin bahawa pemilihan calon BN bagi kerusi Pensiangan, jika berlaku satu pilihan raya kecil nanti, tidak seharusnya dibuat secara automatik, dan ini tidak disenangi oleh Kurup.

Kurup memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas tetapi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 Sept tahun yang sama, mengisytiharkan kemenangan Kurup adalah batal dan tidak sah.

Kurup, yang telah membuat rayuan berhubung kes itu, mencabar Pairin untuk berdebat mengenai isu itu.

Liew ada baiknya kedua-dua pemimpin itu hanya menunggu keputusan mahkamah mengenai rayuan itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan