Kumpulan pro-Mahasiswa UM atasi pro-Aspirasi

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) berjaya menafikan penguasaan kumpulan Penggerak Mahasiswa dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan kelmarin.

Kumpulan Penggerak Mahasiswa yang dulunya dikenali sebagai pro-Aspirasi kalah tipis apabila hanya memperoleh 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Majoriti yang dikuasai mereka dalam pemilihan penggal lalu dinafikan apabila kumpulan pro-Mahasiswa berjaya memperoleh 19 kerusi dan calon bebas memenangi dua lagi kerusi.

Menerusi pemilihan penggal lalu, kumpulan pro-mahasiswa hanya memenangi 11 kerusi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris kira-kira pukul 4 pagi semalam.

Peratusan keluar mengundi menurun pada kali ini iaitu hanya sebanyak 69 peratus.

Pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam, UM mempertandingkan 41 kerusi iaitu sembilan bagi kerusi umum dan 32 bagi kerusi fakulti.

Bagi kerusi umum, calon pro-Mahasiswa berjaya memenangi lapan kerusi.

Bagi kerusi fakulti kumpulan itu berjaya memperolehi 13 kerusi dan dua lagi kerusi dimenangi calon bebas di Fakulti Undang-undang.

Calon bebas berjaya mengekalkan penguasaan tradisi mereka di fakulti tersebut.

Presiden pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata kejayaan tersebut menunjukkan arah perubahan besar dalam pemilihan kali ini.

"Kami sangat bersyukur kerana berjaya menafikan penguasaan kumpulan Penggerak Mahasiswa.

"Apa yang berlaku ini menunjukkan pelajar sudah bijak menilai dan memilih pemimpin yang bertanggungjawab serta berdedikasi untuk membela nasib mereka," katanya kepada mStar Online.

Lebih menarik, calon kontroversi, Shah Rizul Ayuni Zulkiply berjaya memenangi kerusi umum yang ditandinginya dengan jumlah undian sebanyak 5,000 walaupun menghadapi masalah perubahan nombor calon pada kertas pengundian.

Nama Shah Rizul Ayuni hangat diperkatakan sepanjang tempoh berkempen apabila beliau membuat laporan polis yang mendakwa 'ditawarkan' dengan pelbagai ganjaran termasuk sogokan wang tunai RM100 jika bertanding di atas tiket Penggerak Mahasiswa sehari sebelum hari penamaan calon yang diadakan pada 14 Januari lalu.

Selain beliau, tujuh lagi calon lain yang berjaya memenangi kerusi umum ialah Ahmad Syazwan Mohd Hassan (5,886), Mohamad Hafiz Ilyas (5,999), Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican (5,425), Mohamad Ridzuan Mohammad (5,474), Low Yu Jie (4,847), Chong Yah Huei (5,041) dan Yap Zhehn Jun (4,683).

Tambah Norazali yang juga Presiden pro-Mahasiswa Nasional, kumpulannya berjaya membuktikan bahawa pelajar di universiti itu mahukan perubahan kepimpinan yang lebih telus dan jujur.

"Pelajar tidak mahu pemimpin yang amalkan rasuah dan mengamalkan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi...mereka bijak menilai.

"Kami juga yakin pada pemilihan akan datang tidak mustahil penguasaan yang lebih besar akan dicapai oleh pro-Mahasiswa jika pemimpin-pemimpin yang menang ini berjaya membuktikan kredibiliti mereka dalam memperjuangkan nasib pelajar," katanya.

Menurut Norazali, Dewan Tunku Canselor (DTC) yang menjadi tempat pengumuman keputusan, dibanjiri kira-kira 400 penyokong dari kedua-dua kumpulan.

"Suasana gamat dalam dewan semalam apabila penyokong kedua-dua pihak melaungkan slogan masing-masing," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan