GMP anjur himpuan bantah PPSMI, nafi didalangi politik

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac ini.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, perhimpunan bantahan itu merupakan agenda kebangsaan yang didokongi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum.

"Ini adalah agenda nasional dan bukannya bersifat perkauman kerana isu bahasa melibatkan semua kaum di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Menerusi perhimpunan itu juga, GMP akan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong.

"Kita akan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Tuanku membantu menyelesaikan isu bahasa ini," katanya.

Menurut beliau, keputusan untuk mengadakan perhimpunan bantahan tersebut diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

Bagaimanapun butiran lengkap mengenai penganjurannya termasuk tempat perhimpunan akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

Setakat ini GMP dianggotai oleh 28 NGO.

Menurut bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi, bantahan tersebut dibuat kerana pihaknya merasakan pelaksanaan dasar PPSMI itu lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan terutamanya kepada golongan pelajar luar bandar.

"Ternyata pelajar di kawasan luar bandar menghadapi kesulitan untuk belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

"Ia bukan sahaja dirasai oleh pelajar Melayu malah pelajar Cina, India serta masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak," katanya.

Hassan juga berkata, GMP akan turut melobi beberapa ahli Parlimen untuk menyuarakan bantahan mengenai PPSMI apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 16 Februari ini.

Hadir sama dalam mesyuarat semalam ialah ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Ditanya sama ada GMP didalangi oleh mana-mana parti politik terutamanya parti pembangkang kerana mesyuarat yang diadakan semalam diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat, beliau menafikan perkara itu.

"Ini satu perkara yang perlu saya tegaskan kerana GMP bukan membawa agenda atau menyokong mana-mana parti politik kerana kami membawa agenda nasional.

"Secara kebetulan kami dipelawa untuk adakan mesyuarat di sana, tapi kalau Umno pelawa kami adakan mesyuarat di premis mereka juga kami akan terima," katanya.

Beliau berkata GMP akan pastikan supaya mereka tidak 'digunakan' untuk kepentingan mana-mana parti politik.

"Kalau GMP diperalatkan, kami akan tarik diri... kami tidak memihak kepada mana-mana pihak.

"Apa yang kami perjuangkan ialah isu bahasa bukan kepentingan politik," katanya.

Malah tegas beliau, kehadiran Nasharuddin semalam juga bukan mewakili PAS sebaliknya sebagai wakil rakyat yang akan membantu menyuarakan isu ini ke peringkat penggubal dasar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan