Gerak dakwa MB Selangor beli 46 lembu guna dana kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM: Gerak Malaysia hari ini membuat aduan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dengan diiringi setiausaha badan itu, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya membuat aduan di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Aduan itu dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10.45 pagi tadi.

Mohd. Nazree mendakwa beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menunjukkan Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya.

Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

"Kami mempunyai invois dan resit rasmi bagi membuktikan pembelian lembu," katanya.

"Kami tidak boleh menerima tindakan sedemikian yang dilakukan oleh seorang ketua kerajaan negeri dan kami menggesa SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan memorandum kepada Pengarah SPRM, Moh Samsudin Yusof di pejabatnya di sini.

Menurut Mohd. Nazree, Gerak Malaysia telah menerima beberapa dokumen dan bukti minggu lalu daripada seorang individu, yang memperolehnya daripada syarikat milik kerajaan negeri itu.

Katanya, anak syarikat itu tidak seharusnya berbelanja sedemikian khususnya bagi bahagian yang tidak berada dalam Selangor.

Justeru, Mohd. Nazree menggesa Khalid meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

Malah katanya, Gerak Malaysia juga mahu mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor berhubung isu itu.

Moh Samsudin yang menerima memorandum daripada Mohd. Nazree berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan