Celcom beri diskaun tiket konsert Rihanna

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom (M) Bhd. akan memberikan peluang kepada pelanggan Xpaxnya untuk mendapatkan diskaun sebanyak 30 peratus bagi tiket menyaksikan konsert Rihanna.

Konsert yang akan diadakan pada 13 Februari di Stadium Putra Bukit Jalil itu, adalah sebahagian daripada jelajah dunia "Good Girl Gone Bad" kedua Rihanna.

Rihanna, artis yang pernah memenangi Anugerah Grammy, berjaya menjual 10 juta album dan 'single' di seluruh dunia.

Ketua pegawai eksekutifnya Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pelanggan Xpax perlu mendaftar melalui khidmat pesanan ringkas (SMs) dengan menaip REGRIH dan menghantarnya kepada 28881 dan, apabila menerima pengesahan SMS, menambah nilai minimum RM10 bagi mendapatkan baucar mudah alih.

"Selepas menerima baucar mudah alih itu, langkah berikutnya ialah menebusnya bagi mendapatkan hingga dua tiket pada harga diskaun sebanyak 30 peratus di manamana saluran 'Axcess Tickets' sementara stok masih ada," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.

Beliau berkata pelanggan Xpax juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan khas, "RihannaMania", mulai semalam hingga 8 Februari.

"Untuk mengambil bahagian, pengguna perlu menghantar mesej atau lakonan gaya Rihanna terbaik mereka melalui khidmat pesanan multimedia, kemudian taip perkataan 'Rihanna' dalam pesanan tersebut dan hantar kepada 26388," katanya.

Tiket-tiket berharga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan