Bekas ADUN mengaku tidak bersalah 3 tuduhan rasuah

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor ditemani anggota keluarga ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini. Ahmad Kuris hadir untuk menghadapi pertuduhan menerima rasuah. _ fotoBERNAMA
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor ditemani anggota keluarga ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini. Ahmad Kuris hadir untuk menghadapi pertuduhan menerima rasuah. _ fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih di Selangor, Datuk Ahamad Kuris Mohd. Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000.

Beliau juga dituduh meminta rasuah wang tunai RM170,000 daripada seorang kontraktor, dua tahun yang lalu.

Ahamad Kuris dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang untuk tiga pertuduhan pertama dan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi pertuduhan pertama, Ahamad Kuris, 52, didakwa secara rasuah cuba untuk memperoleh satu suapan wang tunai sebanyak RM170,000 daripada Azlan Ahmad Marshid iaitu pemilik syarikat Ufuk Rata Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan tender bagi kerja pembinaan jalan keluar-masuk 30 meter Taman Impian Ehsan, Balakong, Cheras.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Syarikat Ufuk Rata Sdn Bhd di No 10A, Tingkat 1, Jalan Mesra Niaga Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, pada 11.53 pagi, 26 Februari 2007.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah RM20,000 daripada individu yang sama, dengan tujuan yang sama, di Pejabat UMNO Bahagian Ulu Langat, Tingkat 2, Bangunan UMNO, Jalan Tuanku Hishamuddin, Kajang, pada 12.30 tengah hari, 11 Mei 2007.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada individu yang sama dengan tujuan yang sama, pada 12.30 tengah hari, 17 Ogos 2007.

Untuk kesemua kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan alternatif untuk tuduhan kedua, beliau didakwa dengan curang menyalahgunakan wang tunai RM20,000 milik Umno bahagian Hulu Langat, di Pejabat Umno Bahagian Ulu Langat Tingkat 2, Bangunan Umno Jalan Tuanku Hishamuddin, Kajang, pada 12.30 tengah hari, 11 Mei 2007.

Untuk pertuduhan alternatif bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa menyalahgunakan wang tunai RM5,000 milik Umno Bahagian Ulu Langat, di tempat yang sama, pada 12.30 tengah hari, 17 Ogos 2007.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beliau turut mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM5,000 daripada individu yang sama dalam membuat bayaran kad kreditnya dengan tujuan yang sama, di Malayan Banking Berhad, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, pada 27 Februari 2007.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa hukuamn penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut manamana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rosbiahanin Arifin membenarkan Ahamad Kuris diikat jamin dengan jumlah yang sama seperti ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Nuradidah Ahmad, iaitu RM35,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa memohon mahkamah untuk membenarkan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibicarakan bersamasama dengan kes di Mahkamah Sesyen Ampang.

Bagaimanapun, peguam bela Akbardin Abdul Kadir tidak membantah.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula bagi kesemua kes di Mahkamah Sesyen Ampang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan