Warga emas rentung kebakaran rumah kedai 100 tahun

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mayat seorang warga emas yang dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah kedai berusia lebih 100 tahun di Lebuh Campbell petang semalam ditemui pada 12.30 tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Razam Tajaharim berkata mayat lelaki itu, Yeong Thak Sin berusia 70an, dijumpai di tingkat tiga dan teratas bangunan kedai berkenaan.

"Kerja memadamkan kebakaran itu agak sukar disebabkan kawasan itu dipenuhi wayar lampu perhiasan yang dipasang sebagai persiapan sambutan Tahun Baru Cina," katanya kepada pemberita awal pagi ini.

Beliau berkata, usaha mencari mangsa dipergiatkan apabila kebakaran dapat dikawal pada 9 malam tadi.

Bomba menganggarkan nilai kerugian lebih RM1 juta manakala punca kebakaran masih disiasat.

Kebakaran yang bermula pada 6.30 petang itu membabitkan deratan lima kedai pakaian borong, kedai menjual permainan kanak-kanak dan kasut yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan