Kabinet putuskan Akta Hubungan Kaum tidak perlu - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DARI (kiri) Lourdes Charles (Pengarang Meja Jenayah), Datuk Eddy Chen Lok Loi (Bendahari Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah), Musa Hassan, Mohd Shafie Apdal dan Lee Lam Thye pada majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama media di Kuala Lumpur hari ini.
DARI (kiri) Lourdes Charles (Pengarang Meja Jenayah), Datuk Eddy Chen Lok Loi (Bendahari Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah), Musa Hassan, Mohd Shafie Apdal dan Lee Lam Thye pada majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama media di Kuala Lumpur hari ini.

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Akta Hubungan Kaum yang disyorkan penggubalannya empat bulan yang lalu untuk memelihara keselamatan dan perpaduan kaum di negara ini tidak akan diteruskan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Kabinet pada mesyuarat mingguannya dua minggu lepas berpendapat usaha menyatupadukan kaum di negara ini baik dilakukan melalui didikan daripada pelaksanaan undang-undang.

"Kita tak perlu menyatupadukan kaum dengan undang-undang, sebaliknya masyarakat perlu dididik bukan sahaja pada peringkat dewasa malah pada peringkat kanak-kanak lagi. Itu lebih berkesan," kata beliau selepas menghadiri majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama media di sini hari ini.

"Usaha kita untuk memupuk perpaduan tidak ada paksaan dan tidak perlu undang-undang tetapi harus dipupuk di kalangan anak-anak muda.

"Suka atau cintakan pada seseorang itu harus ada kerelaan bukan paksaan," kata Mohd Shafie yang juga Pengerusi MCPF.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian dan penelitian yang dijalankan oleh kementerian itu pada Oktober lepas ke atas negara yang melaksanakan akta tersebut seperti Amerika Syarikat dan Kanada.

Mohd Shafie berkata, perbincangan turut diadakan bersama-sama wakil-wakil negeri mengenai cadangan tersebut, dan Kabinet merasakan rang undang-undang itu tidak perlu kerana perpaduan di negara ini masih pada peringkat yang baik.

Jika perlu, akta-akta sedia ada boleh dibuat penambahbaikkan bagi tujuan tersebut, katanya.

Beliau berkata, perpaduan kaum di negara ini masih lagi wujud, terutamanya di setiap kawasan perkampungan di mana masyarakatnya saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira fahaman agama atau kaum.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Shafie berkata, pengamal media memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan memberi maklumat kepada masyarakat berkaitan jenayah kerana dapat menyalurkan maklumat ke peringkat akar umbi.

Bulan lalu beliau mengumumkan yang Kabinet akan memutuskan sama ada perlu meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum selepas meneliti cadangan dan maklum balas daripada beberapa pihak yang relevan.

Cadangan dan maklum balas mengenainya dipercayai telah dihantar kepada Kabinet pada 7 Januari.

September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengumumkan kerajaan akan mewujudkan Akta Hubungan Kaum yang antara lain bermatlamat memelihara keselamatan dan perpaduan kaum di negara ini.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selaku Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan