Umno edar surat tawaran layak tanding hujung bulan

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Surat tawaran bertanding kepada calon-calon yang layak bagi pemilihan Umno Mac depan akan diedarkan hujung bulan ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selepas surat tawaran itu diedarkan, calon yang berhasrat untuk bertanding perlu menjawab surat tersebut dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

"Calon yang bertanding perlu memberi jawapan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan keputusan sebenar berhubung tempoh itu adalah bergantung kepada pihak pengurusan Umno," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Beliau berkata, surat tawaran bertanding tersebut hanya akan diedarkan selepas semua bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat.

Setakat ini, hanya Umno bahagian Larut sahaja yang masih belum bermesyuarat dan dijangka akan mengadakan mesyuarat tersebut pada 25 Januari ini bagi melengkapkan 191 bahagian yang bermesyuarat sejak Oktober lalu.

Umno bahagian Larut adalah antara lima bahagian Umno yang diarah bermesyuarat semula selain Seremban, Tenom, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah berikutan beberapa masalah yang timbul.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Tengku Adnan berkata, jentera Barisan Nasional (BN) kini sedang memberi tumpuan penuh menghadapi pilihan raya kecil tersebut Sabtu ini.

Dalam pilihan raya kecil tiga penjuru itu, BN meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calonnya berhadapan dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan