TNC UM dakwa perancang luar dalang kekecohan

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris mendakwa insiden yang berlaku sepanjang kempen pilihan raya kampus universiti itu didalangi oleh 'perancang' dari luar.

Beliau percaya keberanian kumpulan pelajar tertentu mencetuskan beberapa kekecohan dengan pelbagai isu dirancanh oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya percaya pelajar sendiri dipengaruhi oleh kumpulan.

"Mereka ada 'sifu' dari luar yang jadi mastermind untuk sengaja mencetuskan masalah dan merosakkan keharmonian kaum," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kecewa dengan beberapa kekecohan yang berlaku di UM yang disifatkan lebih agresif berbanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Pada pilihan raya kampus yang diadakan pada hari ini, UM mempertandingkan 41 kerusi iaitu sembilan bagi kerusi umum dan 32 bagi kerusi fakulti.

Menerusi pemilihan penggal lalu, kumpulan pro-mahasiswa berjaya memenangi 11 kerusi.

Antara kekecohan yang berlaku ialah melibatkan Dr. Azarae sendiri apabila turut memfailkan laporan polis bagi menafikan beliau terlibat mengeluarkan surat 'tawaran' kepada seorang calon pro-Mahasiswa, Shah Rizul Ayuni Zulkiply untuk bertanding bagi pihak Penggerak Mahasiswa.

Surat tersebut juga mengandungi wang tunai RM100.

Tambah Dr. Azarae lagi, ada pihak-pihak tertentu dari luar kampus yang cuba mengambil kesempatan bagi mencetuskan suasana tidak sihat di kalangan pelajar.

"Mereka cuba mengambil kesempatan dalam pilihan raya kampus ini untuk sebarkan fahaman-fahaman tertentu di kalangan pelajar," katanya.

Ditanya tindakan yang diambil pihak universiti bagi membendung penularan fahaman tidak sihat itu, beliau berkata beberapa langkah jangka panjang sedang dirangka kerana ideologi politik kepartian sudah menebal dalam diri kumpulan pelajar berkenaan.

Mengulas mengenai pilihan kampus yang sedang berlangsung bermula pukul 9 pagi tadi, beliau berkata beberapa langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Malah tambah beliau, sepanjang beberapa hari proses berkempen sejak hari penamaan calon yang berlangsung pada 14 Januari lalu, kawalan keselamatan pihak universiti termasuk penglibatan pihak polis juga digunakan bagi membantu mengawal keadaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan