Pemilihan UIAM: Saingan sengit tiga penjuru

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyaksikan persaingan tiga penjuru antara kumpulan pro-Mahasiswa, pro-Aspirasi dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata, pemilihan kali ini dilihat sengit apabila semua kumpulan yang bertanding meletakkan calon pilihan masing-masing.

"Semua kumpulan mempertaruhkan calon-calon handalan mereka dalam pilihan raya kali ini dan sudah pasti kita akan dapat saksikan saingan hebat dari semua pihak," katanya kepada mStar Online.

Gelanggang pilihan raya kampus UIAM yang dibuka secara rasminya hari ini selepas proses penamaan calon tamat pada pukul 3 petang tadi mempertaruhkan 29 kerusi secara keseluruhannya berbanding 27 kerusi pada penggal lalu.

Pertambahan dua lagi kerusi itu berlaku apabila Fakulti Pergigian di kampus UIAM Kuantan mula beroperasi pada penggal ini.

Bagi kerusi antarabangsa, jumlahnya masih kekal dengan 5 kerusi - pecahan empat di Gombak dan satu di Kuantan.

Bagi kerusi fakulti untuk kampus Gombak dan Kuantan, masing-masing menawarkan sebanyak 12 kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 24 kerusi.

Tambah Muhammad Adib, pro-Mahasiswa meletakkan semua calonnya di kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Proses pengundian UIAM akan diadakan pada Khamis ini setelah proses penamaan calon Rabu lalu terpaksa ditangguhkan ekoran terputus bekalan air akibat tumpahan minyak kelapa sawit daripada tanker yang terbalik di KM28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang mencemarkan sumber air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Gombak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan