Tiada bekalan air, penamaan calon UIAM ditangguh

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara terputus bekalan air, proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan hingga Isnin depan.

Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Hamidon Abd Hamid semalam turut menangguhkan hari pengundian kepada 22 Januari depan.

"Sebenarnya pihak universiti telah keluarkan perintah 'darurat' selama tiga hari mulai hari ini kerana bekalan air terputus sejak Rabu lalu.

"Jadi semua aktiviti dibatalkan termasuk penamaan calon dan hari pengundian," katanya kepada mStar Online.

Gangguan bekalan air itu akibat tumpahan minyak kelapa sawit daripada tanker yang terbalik di KM28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang mencemarkan sumber air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Gombak.

Bagaimanapun Muhammad Adib memaklumkan pihaknya menyambut baik penangguhan itu kerana memberi kelebihan dan peluang kepada calon yang bertanding untuk berkempen.

"Jika tidak, calon-calon terpaksa berkempen di kolej-kolej kediaman sahaja kerana tiada kuliah pada hujung minggu.

"Bila penamaan calon tangguh, jadi peluang untuk mereka berkempen di setiap fakulti mulai minggu hadapan lebih banyak," katanya.

UIAM merupakan universiti pertama yang mengambil keputusan membubarkan MPP mereka berkuat kuasa 19 September tahun lalu.

Pada pemilihan kali ini, UIAM menawarkan 29 kerusi fakulti dengan pembahagian 24 kerusi untuk calon tempatan dan lima kerusi diperuntukkan untuk calon antarabangsa.

Tambah Muhammad Adib lagi, beliau mensasarkan kemenangan 90 peratus akan berpihak kepada calon pro-Mahasiswa bagi meneruskan tradisi penguasaan kumpulan itu di UIAM.

"Kami akan meneruskan tradisi penguasaan majoriti dua pertiga di UIAM," katanya.

Ditanya mengenai senario politik kampus di UIAM, beliau berkata saingan antara kumpulan pro-Mahasiswa dan kumpulan pro-Aspirasi itu wujud namun keadaannya terkawal.

"Persaingan memang wujud, tapi semuanya berjalan dengan profesional," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan