Saman tiada tali pinggang belakang boleh dibatalkan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan yang disaman polis atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan boleh melaporkan kes itu kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi membolehkan saman itu dibatalkan.

Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata tindakan menyaman kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keledar belakang, buat masa sekarang, adalah bertentangan dengan dasar yang diumumkan JKJR awal tahun ini.

Beliau yang mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa kes seumpama itu telah berlaku di Johor Baharu dan Pulau Pinang berkata perkara itu terjadi mungkin disebabkan berlakunya salah faham dalam arahan yang diberikan kepada pegawai penguatkuasa JPJ dan anggota polis.

"Kami sangat dukacita kerana ia (kes saman) tidak mengikut dasar yang diumumkan JKJR terdahulu. Pengguna yang terlibat boleh laporkan kepada JKJR dan kami janji akan batalkan saman itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Advokasi Menjelang Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa sekarang hanya kenderaan dilengkapi tali pinggang keledar belakang tetapi tidak menggunakannya akan disaman dan pemilik kenderaan diberi masa tiga tahun untuk memasang tali pinggang keledar belakang pada kenderaan masing-masing.

"Orang ramai digalakkan memasang tali pinggang belakang secepat mungkin bagi keselamatan diri dan keluarga," katanya.

Suret berkata 100,000 kereta Kancil jenis lama akan diberi pelekat pengecualian daripada peraturan itu kerana kenderaan itu tidak dilengkapi dengan tiga "point" yang diperlukan untuk pemasangan tali pinggang belakang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata JKJR dengan kerjasama JPJ dan Road Safety Marshall Club (RSMC) sedang berusaha membantu pemandu motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu motosikal sah, terutamanya penduduk luar bandar, untuk mendapatkan lesen berkenaan.

"Ada ramai penunggang motosikal yang sudah banyak kali mengikuti ujian memandu tapi gagal, jadi kami akan bantu mereka sehingga lulus," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh melayari laman web www.rsmc.org.my untuk memperoleh informasi lanjut, katanya.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan