Keputusan dijangka pukul 10.30 malam

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) berbual dengan petugas SPR yang menyemak kertas sebelum diedarkan ke Pusat Mengundi untuk proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri.
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) berbual dengan petugas SPR yang menyemak kertas sebelum diedarkan ke Pusat Mengundi untuk proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri.

KUALA TERENGGANU: Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarrkan 90 peratus pengundi keluar mengundi esok.

"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media di sini pagi tadi.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang.

Perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan